بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 KE SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL IMAN (SRIDI) BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 202

Sukacitanya, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) memaklumkan, permohonan kemasukan murid ke Tahun 1 ke Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dibuat secara atas talian (online).

Tarikh Buka Permohonan : 1 Jun 2025
Tarikh Tutup Permohonan : 1 September 2025

Laman web semakan
https://jpint.awfatech.com/

#JPINT #JHEAT
#BERILMU,BERINOVASI,BERADAB
#TERENGGANUMENDEPANIKECEMERLANGANPENDIDIKAN
#TERENGGANUMAJUBERKATSEJAHTERA

LAGI

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN TINGKATAN ENAM (PRAUNIVERSITI) SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU (SMANT) TAHUN 2025

HEBAHAN!!! 📢📢📢📢📢📢📢📢

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN TINGKATAN ENAM (PRAUNIVERSITI) SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU (SMANT) TAHUN 2025

Kemasukan bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) :
1. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
2. Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut

Tempoh semakan:
Kepada pelajar-pelajar yang telah mengemukakan permohonan secara atas talian, semakan tawaran boleh dibuat pada 
3 Jun 2025 bermula pukul 3.00 petang sehingga 10 Jun 2025 pukul 10.00 pagi

Laman web semakan :
https://jpint.awfatech.com/

Semoga Berjaya!

#JPINT #JHEAT
#BERILMU, BERINOVASI, BERADAB
#TERENGGANUMENDEPANIKECEMERLANGANPENDIDIKAN
#TERENGGANUMAJUBERKATSEJAHTERA

LAGI

MAJLIS SAMBUTAN 100 TAHUN SEKOLAH ARAB SULTAN ZAINAL ABIDIN DAN PELANCARAN BUKU PERMATA DARUL IMAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan satu majlis bersejarah iaitu Majlis Sambutan 100 Tahun Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin dan Pelancaran Buku "Permata Darul Iman".

Majlis ini diadakan sempena memperingati satu abad penubuhan sekolah ini sejak tahun 1925 dan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu.

Majlis akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: Selasa, 20 Mei 2025 bersamaan 22 Zulkaedah 1446H
🕘 Masa: 10.30 pagi
📍 Tempat: Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Majlis ini dijangka akan diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Terengganu Darul Iman serta seluruh rakyatnya.

Majlis ini turut akan dihadiri oleh para jemputan khas, tokoh-tokoh kenamaan, pegawai kerajaan, alumni sekolah serta pelbagai agensi dan jabatan yang berkaitan.

Buku "Permata Darul Iman" yang akan dilancarkan dalam majlis ini merupakan sebuah penerbitan istimewa yang merakamkan sejarah penubuhan, pencapaian dan peranan besar Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin dalam pembangunan pendidikan agama dan sosial di negeri Terengganu khususnya, serta di Malaysia amnya. Buku ini merupakan hasil kajian, dokumentasi dan penghargaan kepada sumbangan institusi ini sepanjang 100 tahun yang lalu.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan amanah,
Urus setia Majlis Sambutan 100 Tahun Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu

LAGI

SAMBUTAN PENGETUA BAHARU

AHAD | 13 APRIL 2025
Majlis Sambutan Pengetua Baharu Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun dan serahan & terima tugas dari mantan pengetua Ustaz Haji Rosdi bin Mat Rani.
Ahlan wa sahlan Encik Mohd Nasir bin Tahir ke Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun. Moga dapat melakarkan sejarah bermakna buat warga SMIDI Dungun semua dan terima kasih buat mantan pengetua kerana telah memulakan segala warna-warni yg kami takkan lupakan insya-Allah.
Selamat maju jaya ustaz di tempat baharu.
_________________
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.
_________________
Turut hadir rombongan dari Sekolah Menegah Islam Darul Iman Hulu Terengganu. Terima kasih sudi bertandang ke sekolah kami.
Selamat menjalankan tugas, dan semoga terus cemerlang!
“MUJAHADAH, ISTIQAMAH”
“SMIDI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2030”
LAGI

SALAM AIDILFITRI 1446H

🌙 Salam Aidilfitri 1446H 🌙
 
Saya, Haji Mohd Zaini Bin Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, bersama barisan Timbalan Pengarah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga jabatan dan umat Islam yang meraikannya.
 
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan mempereratkan silaturahim antara kita semua.
Maaf zahir dan batin.
 
Ikhlas,
Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu serta warganya.
LAGI

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MURID SRIDI

Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid SRIDI yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2024 baru-baru ini.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, pengurusan SRIDI, guru-guru dan semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini. Alhamdulillah semua Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan Gred Purata Sekolah (GPS) SRIDI dalam UPKK 2024 telah berjaya mengatasi GPMP dan GPS Peringkat Negeri Terengganu.
Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk menentukan kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Sentiasa bersyukur dan jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT
Tahniah & syabas kepada semua! 👏🦾
 
Ikhlas daripada : Pengarah & warga JPINT
LAGI

PROGRAM BI AL ARABIYYAH NATAAYASH DI SMA KHAIRIAH TAHUN KE-2

9 Mac 2025 (Ahad)
Lensa sekitar program Bi al Arabiyyah Nata'ayash di Sma Khairiah tahun ke-2.
Terima kasih atas peluang kolaborasi dan jalinan akademik untuk kebaikan masa depan pelajar SMA Khairiah jua.
Semoga pengisian yang dicurahkan, sedikit sebanyak dapat memberi nilai tambah dalam pendidikan bahasa Arab di sekolah.
LAGI

Image Banner